Produk
Kurma Medjool
Kurma Medjool dianggap sebagai Raja Kurma dan terkenal kerana saiznya yang besar, rasanya yang berjus dan rasa manis yang semulajadi. Ini biasanya apa yang anda fikirkan apabila anda membayangkan tentang kurma. Kurma Medjool kami datang daripada ladang-ladang tempatan di Lembah Jordan dan ditanam di titik paling rendah di dnia, memberikannya rasa, tekstur dan kualiti tidak tertanding oleh kurma-kurma lain di dunia.
Kurma Barhi
Kurma yang lembut, berkrim, Barhi yang sedap adalah kurma kegemaran ramai. Isinya mempunyai rasa yang sedap, tapi lembut dan ia adalah tebal, lembut, halus dan lutsinar. Rasa manis Kurma Barhi yang menyenangkan telah memberikannya gelaran kurma ‘bebola madu’. Ia juga terkenal kerana memiliki rasa seperti butterschotch dan karamel. Ia memang adalah Gula-gula Semulajadi.
Kurma Bersalut Coklat
Untuk manisan yang lebih manis dan seperti gula-gula, anda boleh memesan kurma Medjool kami yang disalut dengan coklat dan dipenuhi dengan kacang yang rangup. Kurma disalut coklat yang penuh rasa mewah ini adalah penambah yang terbaik untuk meja anda, dan dengan kacang-kacang hebat ini anda tentunya kini mempunyai pencuci mulut yang menakjubkan dan berkhasiat.