Bukan Sahaja Kurma Berkualiti Terbaik! Ia juga datang dalam bungkusan berbeza yang menepati semua keperluan anda
Produk-produk kami direka untuk menarik perhatian pelanggan-pelanggan anda dengan penampilannya yang hebat di rak kedai anda.
Selama beratus-ratus tahun, kurma telah menjadi hidangan, snek dan sumber tenaga yang digemari. Dan tiada tempat di dunia yang serupa dengan Lembah Jordan untuk menanam kurma yang sedap dan penuh perisa. Iklim dan lokasinya sebagai titik paling rendah di dunia menyediakan keadaan yang terbaik untuk menghasilkan kurma dengan rasa yang sangat sedap dan berkualiti tinggi tidak tertanding oleh mana-mana kurma lain di dunia.
Di manakah lebih baik daripada titik paling rendah di duia untuk menanam Medjool yang cantik!
Kami bekerjasama dengan klien-klien kami secara aktif dan rapat sebelum mereka membuat pesanan, ketika mereka membuat pesanan dan selepas menerima pesanan, untuk memastikan setiap klien kami akan mendapat pengalaman yang luar jangkaan.
Banyak peladang kurma tempatan Jordan menanam dan membekalkan kurma Medjool berkualiti antarabangsa dengan kasih sayang. Dan itulah sebabnya kami di The Dates Prince mahukan semua orang menemui dan menikmati khazanah rahsia Lembah Jordan! Kami bekerjasama dengan peladang kurma tempatan Jordan untuk mendapatkan dan menghantar kurma-kurma segar kepada peruncit-peruncit di seluruh dunia.
Matlamat kami: Produk berkualiti tinggi pada harga berpatutan.
Produk yang di sesuaikan? Kami bersedia untuk membantu anda!Kami akan menyesuaikan pesanan untuk memenuhi keperluan anda. Jika anda memerlukan saiz tersendiri, bungkusan atau sebarang butiran lain, jangan segan menghubungi kami, semua permintaan penyesuaian dialu-alukan!
Kurma Medjool dianggap sebagai Raja Kurma dan terkenal kerana saiznya yang besar, rasanya yang berjus dan rasa manis yang semulajadi. Ini biasanya apa yang anda fikirkan apabila anda membayangkan tentang kurma. Kurma Medjool kami datang daripada ladang-ladang tempatan di Lembah Jordan dan ditanam di titik paling rendah di dnia, memberikannya rasa, tekstur dan kualiti tidak tertanding oleh kurma-kurma lain di dunia.
Kurma yang lembut, berkrim, Barhi yang sedap adalah kurma kegemaran ramai. Isinya mempunyai rasa yang sedap, tapi lembut dan ia adalah tebal, lembut, halus dan lutsinar. Rasa manis Kurma Barhi yang menyenangkan telah memberikannya gelaran kurma ‘bebola madu’. Ia juga terkenal kerana memiliki rasa seperti butterschotch dan karamel. Ia memang adalah Gula-gula Semulajadi.
Untuk manisan yang lebih manis dan seperti gula-gula, anda boleh memesan kurma Medjool kami yang disalut dengan coklat dan dipenuhi dengan kacang yang rangup. Kurma disalut coklat yang penuh rasa mewah ini adalah penambah yang terbaik untuk meja anda, dan dengan kacang-kacang hebat ini anda tentunya kini mempunyai pencuci mulut yang menakjubkan dan berkhasiat.
Produk-produk kami direka untuk menarik perhatian pelanggan-pelanggan anda dengan penampilannya yang hebat di rak kedai anda.
Untuk mereka yang suka memakan kurma sambil berjalan
Saiz tersendiri dan kotak istimewa dijahit khas mengikut permintaan pelanggan kami Beg yang dibuat khas mengikut permintaan pelanggan kami
Kantung lebih besar seberat lebih kurang 500 gram
Kantung kurma kecil seberat lebih kurang 250 gram
Kotak untuk kegunaan harian
Saiz tersendiri dan kotak istimewa dijahit khas mengikut permintaan pelanggan kami
Kotak anggun seberat 5 KG
Kotak anggun seberat 1 KG
Enter Your email address for our mailing list to keep yourself update.